PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU Tel: 09-6171127
____________________________________________________________________________
Ruj.Kami
: SKC.KT.03/06/J.2(4)
Tarikh
: 4
November 2012
………………………………………
Ibu bapa/ penjaga,
Pelajar-pelajar,
SK Chendering,
K. Terengganu.
Tuan,
Program Berkhatan PIBG SK Chendering,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat kami :
SKC.KT.03/06/J.2(3) bertarikh 14 Oktober 2012.
2. Untuk
makluman tuan, PIBG SK Chendering akan mengadakan Program Berkhatan di SK
Chendering pada:
Tarikh : 17
November 2012.
Hari : Sabtu
Tempat : SK
Chendering, K. Terengganu.
Bayaran : RM30.00
{ Termasuk makan dan cenderamata pelajar}
3. Untuk
makluman tuan selanjutnya , bayaran ini telah dikurangkan dari RM70.00 kepada
RM30.00 dan terbuka kepada pendaftaran awal seramai 40 orang sahaja.
Pendaftaran akan ditutup pada 7 November 2012 (Rabu). Kepada yang telah membuat pendaftaran
terdahulu iaitu sebanyak RM70.00 lebihan bayaran akan dipulangkan pada hari berkhatan,
4.
Aturcara progam ini adalah sepertimana berikut :
7.30
pg : Ibubapa dan pelajar membuat
pendaftaran.
8.00
pg : Ucapan guru besar
: Ucapan Perasmian
: Pelajar dimandikan dengan air bomba,
9.00
pg : Program berkhatan bermula,
9.15
pgi : Sarapan pagi
11.00
pg : Makan Tengahari
5. Kepada
pelajar yang terlibat sila bawa bersama, tuala dan pakain bersalin. Kain pelikat akan disediakan oleh pihak PIBG.
6. Sehubungan
dengan ini, adalah amat diharapkan
ibubapa/penjaga SK Chendering akan turut serta untuk menjayakan program ini
dengan mendaftar anak-anak mereka dari tahun 1 hingga tahun 6 menyertai program
berkhatan ini.
7. Segala
pertanyaan, pendaftaran dan bayaran bolehlah dibuat kepada :
i- Cg. Mat Shah Fee bin Mohamad : 0139994633 :
Setiausaha PIBG
ii- Ust Yusmazri bin Yusof :
0129249287 : Bendahari
Berkhatan.
Iii’. Pejabat
SK Chendering : 096171171
Kerjasama dari pihak tuan,
amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA
Yang benar,
(MAT
SHAH FEE BIN MOHAMAD)
SETIAUSAHA PIBG,
s.k
1. Tuan
Guru Besar (Penasihat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan