PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH
KEBANGSAAN CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
_________________________________________________________________________
Ruj.Kami
: SKC.KT.03/06/J.2(3 )
Tarikh
: 13
Oktober 2012
………………………………………
Ibu bapa/ penjaga,
Pelajar-pelajar,
SK Chendering,
K. Terengganu.
Tuan,
Program Berkhatan dan Pemeriksaan Kesihatan Anjuran PIBG
SK Chendering,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan
bahawa PIBG SK Chendering akan mengadakan Program Berkhatan di SK Chendering
pada:
Tarikh : 17
November 2012.
Hari : Sabtu
Tempat : SK
Chendering, K. Terengganu.
Bayaran : RM70.00 { Termasuk makan dan cenderamata pelajar}
2. Sehubungan dengan ini, adalah amat diharapkan ibubapa/penjaga SK
Chendering akan turut serta untuk menjayakan program ini dengan mendaftar
anak-anak mereka dari tahun 1 hingga tahun 6 menyertai program berkhatan ini.
3. Seramai
100 orang peserta sahaja yang terpilih
dan pemilihan ini berdasarkan kepada peserta yang lebih dahulu mendaftar.
3. Segala
pertanyaan, pendaftaran dan bayaran bolehlah dibuat kepada :
i- Cg. Mat Shah Fee bin Mohamad : 0139994633 :
Setiausaha PIBG
ii- Ust Yusmazri bin Yusof :
0129249287 : Bendahari
Berkhatan.
Kerjasama dari pihak tuan,
amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA
Yang benar,
(MOHD
MASDI BIN MUSA)
Pengerusi PIBG,
s.k
1. Tuan
Guru Besar (Penasihat).
2. Fail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan